Klik untuk informasi lanjut!

imazutalOvechOc.blogspot.com. Powered by Blogger.

Wednesday, 17 July 2013

Ramadhan datang lagi..

Tahun ni, aku sambut ramadhan bersama baby lagi dalam perut, alhamdulillah setakat sekarang ni belum ada lagi hari yang aku ponteng.. mulanya memang aku agak risau, takut baby terseksa dalam perut. Baby dah masuk 8 bulan , aku takut dia perlukan banyak zat untuk membesar. Hari pertama puasa agak memenatkan , mungkin sebab diri ini terkejut dengan perubahan yang aku buat, terperanjat la bila perut tak diisi tiba-tiba, hampir-hampir je aku nak buka puasa, heheh.. Lagipun mak mertua aku dah pesan awal-awal kalau tak boleh jangan puasa, kesian anak dalam perut.. tapi alhamdulillah la aku tak apa-apa..

Hari ke-6 puasa, aku kena pergi klinik untuk cek baby, alhamdulillah okey je.. tapi semua tak memuaskan hati la, Kepekatan darah (Hb) turun..( dah la sebelum ni memang tahap membimbangkan sekarang makin turun pulak) , tekanan darah pun turun ( bulan-bulan sebelum standard 100/60 tapi aritu cek 95/50 je), berat pun turun ..heheh..ni tak apa, lagipun puasa kot? nurse pun tak boleh la nak bising-bising.. hari tu berat naik hampir 3kg dalam masa sebulan, aku risau badan aku yang tak boleh nak maintain macam dulu nanti..hehe.. dulu selepas bersalin Arsyad, berat badan maintain je 48-49kg.. minta-minta lepas pantang nanti badan kembali seperti dulu, walau tak selansing mana, sekurang-kurangnya boleh la pakai semula baju dan jeans dulu..rindunya pada jeans! tak lupa juga pada heels yang tersimpan rapi dalam lemari tu.. tunggu la ye..hee

Hari ini dah hari ke...9 puasa kot? dari 10hb-18hb..betulkan? erm, harap boleh bertahan sampai raya nanti, bukan apa alang-alang tak datang kotor ni, bagus juga kalau dapat puasa penuh macam kecik-kecik dulu..tak payah nak ganti-ganti lagi.. betulkan? hee..

Okeylah, sampai sini dulu coretan aku, dah lame tak meniap ni, macam seronok pulak! yelah hari -hari menghadap kerja dan layan si Arsyad tu.. tak dapat la nak online selalu! ( lagipun Arsyad kalau nampak aku online je dia suh buka youtube, nak tengok teletubbies la, kartun la, robot dan lain-lain) .. 

Assalamualaikum.

Thursday, 9 May 2013

Selamat Hari Ibu Kepada Siti Fatimah Binti Simat!

Selamat Hari Ibu , mak..

maafkanlah segala kata2 yang mungkin sedikit sebanyak menyinggung hati mak..

maafkanlah segala perbuatan yang mungkin melukakan hati mak..

terima kasih atas jagaan dan didikan yang mak berikan..

terima kasih atas pengorbanan mak..

terima kasih atas kasih sayang mak..

i love u soooo much!!

Friday, 3 May 2013

Perkahwinan Abang


Tanggal 26 April 2013.. abang aku dah selamat bernikah dengan gadis pilihan dan pujaan hati dia.. Nur Hafiezah.. Dari JB sampai Felda Medoi,segamat memang memenatkan..huhu!
macam manelah abang aku sanggup kan..hahah..

Sunday, 18 November 2012

Jalan2 Jumpa Mak..Heheh

Tanjung Balau, Desaru

 Arsyad dengan Mak - nasib tak nangis!

 try 2 walk by himself..

 nice dance! - with mak ude iqa & mak ude bila

 smile!

 fotogenic's baby

 huhu..

 aku..mak..iqa

 looking my eye.. bila syok sendiri...hhah

 suke dy main air

mak ude iqa ( adik suami aku )..mak ude bila ( adik aku)
yang tengah 2..anak aku..
hee...


Wednesday, 14 November 2012

Percutian singkat!

09 November lepas, aku sekeluarga sempat pergi ke Pahang walaupun masa itu , adik ipar aku tengah kusut dengan SPM dia., last paper dia minggu itu ialah pada hari khamis, jadi khamis petang aku sekeluarga telah berangkat ke rumah atuk suami aku - Kampung Teluk. 

10 November - Pukul 5.15am bgun siap2 untuk ke Pahang, ( Nak hantar Pak Lang suami aku untuk akad nikah kat sana, dapat orang sana..) Mak Abah mertua aku tak dapat ikut serta, ( Masih lagi di Mekah). Sampai Pahang dalam pukul 2 lebih, homestay kitorang dahsyat betul!, bukan sebab besar tapi bentuknya yang memang macam istana..hahah! besar tu memang comfirm la..
Terus siap2, untuk majlis akad nikah lepas asar. Bengang betul bila ingat balik hari ini, mati-mati aku ingat suami aku nak pakai baju melayu, jadi aku ingat nak sedondon la dengan dia, tibe2 dia tukar plan nak pakai kemeja je, dah tak sedondon.. ( galat sebab aku dan prepare nak pakai baju biru same ngan anak, tapi bile dia cakap nak pakai baju melayu aku tukar baju kurung warna coklat, lasst2 semua tak same..) Malam ada majlis berinai, aku tak bawa baju untuk majlis ini.. memang tak de mood malam tu, sebab orang lain semua tukar baju..kang kalau aku tukar, esok majlis sanding tak de baju plak.. erm.. Ni gambar malam berinai pengantin.. gambar tak berapa clear..time2 ni batery camera nak low..last2 pakai vivaz je..ok  what 8mp?!


11 November - Majlis persandingan berlangsung pada pukul 12.30tgh hri, siap2 kemas beg sebab nak terus keluar dari homestay, rancangan last minute, nak pergi rumah mak cik kat bangi..so jalan je lah..Sampai Bangi terus pergi makan,  dan terus pergi ke ICT dengan memakai baju yang sama! tak sempat tukar pun, tau aku tukar dalam kereta.. itu pasallah pakai baju kurung .. hehe baek sangat muke..



















Ini lah percutian singkat yang tak disangka.. at least happy heheh.. bye!

Thursday, 9 August 2012

hari ini saya penat sangat!

Erm.. memang dah lama sangat tak ngomel dalam blog ni, padahal aku sendiri memang tak ada mediumlain nak luahkan perasaan.. huh! Hari Raya dah sangat hampir, tahun ni adalah tahun kedua aku beraya dengan hubby tapi merupakan raya pertama aku sambut dengan anak aku!~ sangat gembira.hari ini aku tolong mak mertua aku pasang langsir, memang penat.. tengah syok masukkan besi cangkuk langsir tu, ada kawan mak pulak datang.. sampai pukul 11lebih, ada meeting sikit! hehhee.. lepas meeting tu aku ngan mak terus pergi ke kota atas urusan yang terpenting sekali..sangat penting!..husband aku plak hari ni memang sibuk je nak tau aku buat apa, kat mana, padahal selama ni kalau aku tak keluar mana-mana yak pulak dia sibuk.. balik dari kota dalam pukul 3petang terus ambil adik ipar aku dari sekolah, sampai rumah tolong bapak mertua pulak buat kerja office sikit, lepas tu sambung semula pasang langsir, oleh kerana aku ni tinggi maka semua langsir aku yang pasang.. huh! penat!..da siap pasang langsir, mandikan arsyad dan siap-siap untuk pergi bazar, belilah apa yang patut sebab mak tak masak hari ni,( penat sangat kitorang hari ni ) .. sekarang ni aku tengah tunggu waktu berbuka puasa! ~ selamat berbuka puasa korang!!

Sunday, 20 May 2012

permulaan baru

Assalamualaikum.,

Dah lama rasanya tak update status kat dalam blog ni.. anak saya sekarang dah berusia 5 bulan, sikit masa lagi masuk la 6 bulan.. ni la gambar2 anak kesayangan saya ::


sebenarnya masih banyak lagi perkara yang ingin dikongsi tapi mungkin pada laen masa..