Klik untuk informasi lanjut!

imazutalOvechOc.blogspot.com. Powered by Blogger.

Saturday, 27 July 2013

Raya Oh Raya..

Shopping hari tu memang sangat meletihkan, tapi alhamdullillah aku masih lagi berpuasa. Shopping kat Jusco Tebrau je tahun ni, Angsana tak pergi pun sebab tahun lepas pergi Angsana tak ada apa yang menarik pun?. Sampai Jusco je terus masuk Cotton On, bukan baju aku atau hubby, tapi baju Arsyad.. Baju dia dapat lah 8 helai, seluar panjang sehelai, seluar pendek 2helai..itu pun total dah dekat 8rat.. yang kelakarnya, masa hubby aku beratur, cashier tu macam tak percaya je ngan kitorang, siap bagitau setiap harga ( dia cakap double check, takut customer silap tengok harga ) padahal dengan customer lain dia tak buat pun.. hubby aku tanya " kenapa ye? ada masalah ke dengan harga tu? '' diam terus cina itu, taulah yang datang situ ramai cina tapi jangan lah ingat melayu tak mampu.. 

Dah dapat cari pakaian anak, hubby aku kasi can aku pulak cari barang aku, oleh sebab baju kurung aku dah buat, tinggal cari kasut, beg, tudung dan personal thing je la.. biasalah dah namanya pun perempuan, kalau tak semua kedai kalau boleh aku nak pergi tengok tak sah lah.. bukan apa takut menyesal kalau nanti pergi tempat lain, rupenya ada yang lebih baik dari tu.. pilihan jenama bagi aku tak lah susah sangat, aku sebenarnya bukan kesah pun, asalkan aku suka dah la.. cuma kebanyakkan jenama kat situ aku dah ada, tahun ni nak juga pakai brand lain, heheh.. tapi bila dia dah bising-bising cakap kaki dah letih, nak tertanggal aku jadi kesian pulak, last-last aku masuk je butik Prima Vera, kasut pertama yang aku nampak aku terus try dan minta saiz, tahun ni tak boleh beli heels atau wedges sebab raya ni aku memang dah sarat sangat kan, so nak beli flat macam tak best pulak sebab kat rumah pun dah banyak.. cuma aku je jarang nak pakai..( aku pakai yang sama je tiap kali keluar jalan-jalan sebab selesa ) heheh.. tahun ni aku beli ala-ala sandal.. lain sikit la .. aku bayar dan terus pergi tempat hubby aku, dia boleh pulak tanya, ' awak betul ke cari secepat ni? selalu makan masa? ..eleh, aku kesian kat dia sebab tunggu lama, dia nak buat aku rasa menyesal sebab pilih terburu-buru pulak! huh.. tapi tak habis lagi, aku pergi pulak watson bali barang make up etc.., pandai pulak dia membebel cakap makan masa, untung aku dah fikir apa nak beli kalau tak memang lagi makan masa..

berbuka hari tu dengan sahabat-sahabat dia, makan bakar-bakar kitorang, bakar sendiri.. kenyang tak kenyang la.. makan daging bakar je aku, mee goreng laki aku amik sikit je buat lepas-lepas tekak.. tak puas hati betul aku, bajet 1 kepala RM23.00.. kalau 2 orang dah berapa kan? kenapa lah kawan-kawan dia tak buat kat kedai makan betul-betul.. makan mee, kenyang juga lah ( kenyang air je sebab memang bergelas-gelas aku tambah) tunggu daging nak masak, lapar lagi.. mungkin aku je yang enjoy sebab kawan-kawan dia semua aku kurang kenal, jadi awek-awek diorang lagilah aku tak kenal.. kalau kenal mungkin lagi syiok kot? dah macam berpuak pulak diorang , diorang belum kahwin..aku dah kahwin siap bawa anak..so macam tak sebulu pulak..heheh.. tapi kalau diberi peluang nak jugak lah aku kenal-kenal ngan diorang tu ( awek diorang la, boleh buat kawan)..

Lepas berbuka, cari blouse, tudung dan pakaian hubby pula.. blouse tak ada yang berkenan tudung pun sama.. kena marah aku ngan dia , dia cakap dari awal kahwin sampai sekarang susah betul nak cari tudung padahal banyak tudung.. hahah..memang aku akui memang aku susah nak cari tudung yang betul-betul aku suka, last-last online je..hehe..

sebenarnya, banyak benda lagi nak cerita tapi aku macam banyak pulak kerja.. maka terpaksa berhenti dulu.. kalau tulis kat diari mesti penat kan sebab menulis, medium ni sebenarnya sangat merelaxkan..hahah..

assalamualaikum.,

Salam Aidilfitri


Friday, 19 July 2013

Shopping Raya!

Hari ini, aku bercadang untuk membuat persiapan Aidilfitri yang bakal tiba.. dalam seminggu ni aku selalu online untuk tengok brand apa, fesyen apa yang tengah 'in' kat Malaysia.. tak sabar rasanya nak jalan-jalan hari ini.tapi itu pun belum comfirm la sebab takut husband aku ada kerja tiba-tiba pulak ( well actually, memang dia kerja pun, tapi aku ajak dia pergi petang, mungkin boleh la kot?) .. apa-apa pun kena pergi jugak hari ini ataupun esok! sebab? Jusco Sale sampai esok je.. hahah!

Mungkin hari ini ( kalau jadilah ) akan menjadi sangat penat, sebab nak cari pakaian raya Arsyad dulu, dia tu dah la meligat, duduk dalam stroller pun bukan boleh lama-lama.. sorry la mama nak dukung, badan sendiri pun tak terbawa rasanya.. papa dia yang tak berbadan dua pun dah tak larat nak dukung dia lama-lama, inikan pula aku yang tengah sarat ( dah masuk 8bulan pun )..

Tapi macam biasa, aku takut jadi macam tahun yan sudah-sudah, mula-mula cari baju Arsyad memang best, pastu teman papa dia..bila cari pakaian aku pula, papa dia cakap dah penat la, kaki nak tanggal la.. dah la nak cari pakaian aku susah ( sebab aku suka pergi banyak tempat! haha..) ye lah, kalau tak macam tu tak lah menyesal sangat kan?? tapi pengalaman yang lepas-lepas , aku terpaksa beli apa yang ada je sebab dah kena bebel.. erm, tak seronok sungguh!

Husband aku hari pun sebennarnya memang ada event yang akan memaksa dia untuk balik kerja cepat, majlis berbuka puasa dengan sahabat handai dia.. entah macam mana la gaya aku hari ini kan? minta-minta dapat sesuaikan diri dengan diorang tu, ni pertama kali rasanya aku diajak untuk berbuka puasa dengan sahabat-sahabat dia tu.. 

Semoga hari ini akan menjadi hari yang menyeronokkan bagi kami bertiga! amin.. 

Okeylah, dah dengar dah suara azan subuh, aku log out dulu lah ye.. ( sementara tunggu makanan dihadam sebelum tidur, baik blog dulu kan?..heheh) .. semoga kita semua dapat mengumpul pahala sebanyak mana yang mampu.. ( bulan puasa ni jangan lepaskan peluang kumpul bonus2 pahala!)

Assalamualaikum!

Wednesday, 17 July 2013

Ramadhan datang lagi..

Tahun ni, aku sambut ramadhan bersama baby lagi dalam perut, alhamdulillah setakat sekarang ni belum ada lagi hari yang aku ponteng.. mulanya memang aku agak risau, takut baby terseksa dalam perut. Baby dah masuk 8 bulan , aku takut dia perlukan banyak zat untuk membesar. Hari pertama puasa agak memenatkan , mungkin sebab diri ini terkejut dengan perubahan yang aku buat, terperanjat la bila perut tak diisi tiba-tiba, hampir-hampir je aku nak buka puasa, heheh.. Lagipun mak mertua aku dah pesan awal-awal kalau tak boleh jangan puasa, kesian anak dalam perut.. tapi alhamdulillah la aku tak apa-apa..

Hari ke-6 puasa, aku kena pergi klinik untuk cek baby, alhamdulillah okey je.. tapi semua tak memuaskan hati la, Kepekatan darah (Hb) turun..( dah la sebelum ni memang tahap membimbangkan sekarang makin turun pulak) , tekanan darah pun turun ( bulan-bulan sebelum standard 100/60 tapi aritu cek 95/50 je), berat pun turun ..heheh..ni tak apa, lagipun puasa kot? nurse pun tak boleh la nak bising-bising.. hari tu berat naik hampir 3kg dalam masa sebulan, aku risau badan aku yang tak boleh nak maintain macam dulu nanti..hehe.. dulu selepas bersalin Arsyad, berat badan maintain je 48-49kg.. minta-minta lepas pantang nanti badan kembali seperti dulu, walau tak selansing mana, sekurang-kurangnya boleh la pakai semula baju dan jeans dulu..rindunya pada jeans! tak lupa juga pada heels yang tersimpan rapi dalam lemari tu.. tunggu la ye..hee

Hari ini dah hari ke...9 puasa kot? dari 10hb-18hb..betulkan? erm, harap boleh bertahan sampai raya nanti, bukan apa alang-alang tak datang kotor ni, bagus juga kalau dapat puasa penuh macam kecik-kecik dulu..tak payah nak ganti-ganti lagi.. betulkan? hee..

Okeylah, sampai sini dulu coretan aku, dah lame tak meniap ni, macam seronok pulak! yelah hari -hari menghadap kerja dan layan si Arsyad tu.. tak dapat la nak online selalu! ( lagipun Arsyad kalau nampak aku online je dia suh buka youtube, nak tengok teletubbies la, kartun la, robot dan lain-lain) .. 

Assalamualaikum.